A blog about everything

Kadet Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim Bismillah In Shaa Allah kita mulakan blog baru ini dgn bercakap menegenai course yg diambi...

Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim

Kadet Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim
Bismillah
In Shaa Allah kita mulakan blog baru ini dgn bercakap menegenai course yg diambil oleh aku di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ni...


APA TU SAINS NAUTIKA???

-------------------------------------------------------------------------------
Sains Nautika
adalah ilmu berkaitan penggunaan teknologi, proses dalam teknologi dan sistem dalam pengangkutan yang digunakan di perairan. Sains nautika adalah satu bidang kepakaran yang berurusan dengan organisasi, operasi dan pengendalian kapal secara komersil. Program ini melahirkan graduan dengan kemahiran pelayaran dan perkapalan yang menjurus sebagai pegawai dek navigasi. Selain itu, program ini juga berkait rapat dengan kerja-kerja di bahagian pengurusan dan pentadbiran pelabuhan. Bidang sains nautika memberi penumpuan khusus meliputi Ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian kargo dan kapal, peralatan komunikasi, kerja–kerja carta dan pengawasan, meteorologi serta undang-undang dalam bidang maritim untuk diaplikasikan semasa berada di atas kapal. Bahasa mudahnya, bidang ini menjurus kepada industri maritim.

BELAJAR APA JE SAINS NAUTIKA???

Subject core setakat yang aku dah belajar la:
Seamanship : Ilmu asas mengenai kepelautan, belajar mengenai apa itu maritim dan teknik di dalam bidang maritim.

Deck Preparatory (Basic) : Ilmu untuk mempersiapkan diri sebagai seorang pegawai di atas dek kapal nanti. Belajar asas-asas sebelum naik kapal.

Risk Assessment : Risiko-risiko atas kapal, macam mana nak urus etc.

Meteorology : Belajar pasal ilmu cuaca. Dekat laut cuaca tak menentu so subjek ni penting.

Marine Safety :
Anything regarding safety, specs kapal yang diperlukan etc. Banyak belajar mengenai Conventions dari IMO.

Maritime Communications : Komunikasi di atas kapal dengan shore, ship to ship, anything la. Penting sbb ianya membantu dalam Search And Rescue operations in case berlaku emergency atas kapal nanti. Banyak belajar pasal GMDSS.

Celestial and Terrestrial Navigation : 
Belajar cara nak navigate kapal melalui pengiraan yang agak kompleks la. Menarik sangat2.

Bridge Watchkeeping :
Belajar mengenai Rules of The Road, undang2 kat laut...subjek ni jugak kita ada praktikal bwk kapal betul dengan menggunakan Full Mission Ship Handling Simulator yang ada kat UMT ni.

and banyak lagi subjek tapi aku tak ambik lagi la....

APA ISTIMEWANYA DARI DEGREE LAIN???

1. Satu-satunya degree dalam Nautical Study kat Universiti Awam kat Malaysia ni.

2. Ada research vessel milik UMT yang pelajar jurusan ni selalu akan guna (RV Discovery.

3. Program pulau kat stesen penyelidikan milik UMT (Pulau Bidong)

4. Ada uniform sendiri yang baik punya lawa.

5. Banyak lagi, kena masuk course ni dulu baru tau xD.


Uniform pelajar Sains Nautika.
RV Discovery

So that's it from me this time...It's my first post in this blog, and I dont really know how blogs work so yeah, rasanya ni dah cukup baik...Maybe I'll write something of my hobbies after this.

3 comments:

  1. Hey. Course sains nautika ni boleh jd seafarer? Sbb nak sambung course ni untuk naik pangkat dalam kerjaya seafarer. Mohon pencerahan. Tqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf di atas keterlewatan...boleh Kak, kami pun belajar utk jadi Seafarers juga

      Delete
  2. Assalamualaikum bang. Klau nk msuk course ni mmng xle rabun warna ke?

    ReplyDelete

Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim

Kadet Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim Bismillah In Shaa Allah kita mulakan blog baru ini dgn bercakap menegenai course yg diambi...